Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Senarai Dokumen Kelengkapan Umrah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Sering kita dengar mengenai keperluan dokumen bagi permohonan Visa untuk membolehkan anda melakukan ibadah Umrah. Keperluan dokumen amat perlu dititik beratkan oleh mana-mana Jemaah kerana arahan tersebut dikeluarkan oleh kedutaan Arab Saudi.

Sekiranya dokumen yang diperlukan tidak dapat disertakan oleh Jemaah, maka amat sukarlah kelulusan VISA Umrah dikeluarkan oleh mana-mana pihak sekalipun. Apakah dokumen yang di perlukan supaya kelulusan VISA Umrah dapat dikeluarkan?

Jom kita ketahui 4 Dokumen Wajib yang perlu disediakan oleh Jemaah. Dokumen WAJIB yang diperlukan adalah seperti berikut:

Dokumen #01 | Passport Antarabangsa.

Seperti kebiasaanya, untuk keluar Negara, seseorang itu memerlukan passport bagi mengantikan kad pengenalan ketika berada diluar Negara. Bagaimana cara untuk memohon passport antarabangsa ini? Jom kliks di http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa.html

Syarat tambahan bagi kelulusan VISA Umrah ialah :

Passport tersebut boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dan mempunyai baki halaman kosong sekurang-kurangnya 6 muka surat.

 

Dokumen #02 | Buku suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135

Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal Jemaah supaya membuat suntikan ini. Pergi mana-mana klinik swasta dan tanya adakah disediakan khidmat suntikan umrah. Sekarang dah banyak klinik swasta yang ada suntikan ini, biasanya ada tertera sticker di cermin pintu yang memaparkan "Suntikan Umrah ada di sini".

Tak kisahlah doktor klinik muslim atau bukan, ia tidak menjadi masalah. Harga untuk satu suntikan biasanya sekitar RM120 hingga RM140 bergantung kepada klinik yang anda pergi. Harga yang paling mahal boleh mencecah RM200 untuk satu suntikan.

Setelah disuntik, anda biasanya akan diberi buku rekod suntikan. Pastikan klinik tersebut mempunyai buku ini atau anda boleg bertanya dahulu untuk kepastian sebelum melakukan suntikan di klinik berkenaan. Kerana terdapat juga kes yang klinik tidak mempunyai stok buku atau kehabisan stok buku rekod tersebut.

Tanpa buku ini maka visa tidak dapat dikeluarkan kerana buku ini adalah sebahagian syarat yang dikenakan oleh kedutaan Arab Saudi. Berhati-hati dengan klinik yang menawarkan harga terlalu murah kerana selalunya mereka tidak menyediakan buku rekod seperti yang sepatutnya.

Satu suntikan biasanya boleh bertahan sehingga 3 tahun. Jadi sekiranya jemaah ingin menunaikan umrah dalam sekitar 3 tahun selepas menerima suntikan maka jemaah tersebut tidak perlu mendapatkan suntikan sekali lagi. Ada juga klinik swasta yang paksa kita buat medical checkup, sebenarnya tak perlu. Medical checkup hanya untuk jemaah haji sahaja.

 

Dokumen #03 | Gambar Passport

4 Keping gambar berukuran 6 cm x 4 cm yang berlatarbelakang berwarna putih. Gambar haruslah diambil tanpa menggunakan songkok atau kopiah bagi lelaki. Bagi Jemaah wanita pula, anda perlu memakai tudung berwarna gelap disebabkan warna latar belakang dah berwarna cerah iaitu putih. Pergi mana-mana kedai gambar dan cakap nak buat gambar untuk tujuan umrah. Pasti mereka tahu bagaimana ciri-ciri gambar yang nak dihasilkan itu.

 

Dokumen #04 | Dokumen Pengesahan Mahram.

Sebelum saya cerita lebih lanjut berkenaan dengan dokumen yang ke 4 ini. Ada baiknya anda kenalpasti siapakah mahram-mahram anda.

Pengertian mahram dalam islam:

Pengertian Mahram berasal dari kata dalam bahasa arab yang bererti haram dinikahi baik nikah secara rasmi atau secara apa pun. Mahram juga berasal dari makna haram, iaitu wanita yang haram dinikahi.

Dari pengertian tersebut, maka fahamlah anda untuk menentukan siapakah mahram anda. Dalam Umrah, pengesahan Mahram mengikut situasi di bawah ini. Kes by kes.

 

Situasi 1 | Lelaki Bujang Yang Nak Pergi Umrah

Mahram yang kena ikut: Tidak perlu

Duit cukup, pilih pakej, daftar dan sediakan perkara 1 – 3 serta ikuti kursus umrah dan boleh terbang ke Jeddah untuk menunaikan umrah.

 

Situasi 2 | Wanita Bujang Yang Nak Pergi Umrah (Berumur 45 tahun ke bawah)

Mahram yang kena ikut: Bapa Kandung / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki.

Dokumen tambahan:

  1. Salinan Sijil Lahir Mahram tersebut yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. LOC dari Bapa / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki yang tidak pergi.

Sekiranya pergi bersama dengan bapa kandung, maka LOC dikecualikan.

Letter Of Consent: Perlu dapatkan Letter of Consent (LOC) sekiranya pergi selain dengan BAPA KANDUNG. Hanya saudara sebelah bapa sahaja yang boleh dijadikan mahram.

Wanita yang berumur 45 tahun dan ke atas boleh pergi menunaikan ibadah umrah tanpa bersama dengan mahram. Dokumen yang diperlukan adalah dari 1 hingga 3 sahaja.

 

Situasi 3 | Seorang Isteri Yang Nak Pergi Umrah Tanpa Suaminya.

 

a. Kes Suami Masih Hidup.

Mahram yang kena ikut: Bapa Kandung / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki.

 Tambahan Dokumen:

  1. Salinan Sijil Nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra.
  2. Salinan Sijil Lahir Mahram tersebut yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  3. LOC dari Suaminya sahaja.

 

b. Kes Suami Dah Meninggal Dunia.

Mahram yang kena ikut: Bapa Kandung / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki / Anak lelaki yang berumur 18 tahun & ke atas.

Tambahan Dokumen :

  1. Salinan Sijil Lahir Mahram tersebut yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. LOC dari Bapa kandung / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki yang tidak pergi.
  3. Sijil Kematian Suami yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra

 

c. Kes Suami Dah Meninggalkan Anda (Bercerai)

Mahram yang kena ikut: Bapa Kandung / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki / Anak lelaki yang berumur 18 tahun & ke atas.

Tambahan Dokumen :

  1. Salinan Sijil Lahir Mahram tersebut yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. LOC dari Bapa Kandung / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki yang tidak pergi.
  3. Surat Perceraian yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

 

Situasi 4 | Anda Nak Bawa Anak Yang Berumur Bawah 18 Tahun.

 

a. Kes bawa anak sendiri (Bapa Kandung ikut sekali)

Mahram yang kena ikut: Tiada

Tambahan Dokumen:

  1. Salinan Sijil Lahir Anak yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. LOC tidak diperlukan.

 

b. Kes bawa anak perempuan berumur 15 tahun dan ke bawah. (Bapa kandung ikut sekali)

Mahram yang kena ikut: Tiada

Wajib: Ibu Kandung Ikut Sekali.

Tambahan Dokumen:

  1. Salinan Sijil Lahir Anak yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. Salinan Sijil Lahir Ibu yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  3. Salinan Sijil Nikah yang telah disahkan oleh Pejabat Agama Dan Wisma Putra.

 

c. Kes bawa anak lelaki berumur 13 tahun dan ke bawah. (Bapa kandung ikut sekali)

Mahram yang kena ikut: Tiada

Wajib: Ibu Kandung Ikut Sekali.

Tambahan Dokumen:

  1. Salinan Sijil Lahir Anak yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. Salinan Sijil Lahir Ibu yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  3. Salinan Sijil Nikah yang telah disahkan oleh Pejabat Agama Dan Wisma Putra.

 

d. Kes bawa anak sendiri tapi bapa tak ikut. (masih dalam ikatan perkahwinan)

Mahram yang kena ikut: Datuk / Adik Beradik lelaki / Bapa Saudara Sebelah ibu.

Tambahan Dokumen:

  1. Salinan Sijil Lahir Mahram tersebut yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. LOC dari bapa kandungnya sahaja.

 

e. Kes Bawa Anak Angkat

Mahram yang kena ikut: Bapa Angkat

Tambahan Dokumen:

  1. Salinan Sijil Anak Angkat yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. Surat Kuasa Dari Mahkamah yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

 

f. Kes Bawa Anak Tiri

Mahram yang kena ikut: Bapa Tiri

Tambahan Dokumen:

  1. Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. Surat Kuasa Dari Mahkamah yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

 

g. Kes Bawa Anak Saudara (seandainya anda wanita)

Mahram yang kena ikut: Bapa Kandung / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki.

Tambahan Dokumen:

  1. Salinan Sijil Lahir Anak Saudara yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. Salinan Sijil Lahir Bapa Saudara yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  3. Salinan Sijil Lahir Bapa atau Ibu Kandung telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  4. Salinan Kad Pengenalan Bapa atau Ibu Kandung telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  5. LOC dari Bapa kandung / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki yang tidak pergi.

 

 

Situasi 5 | Anda Nak Bawa Cucu Yang Berumur Bawah 18 Tahun.

Mahram: Bapa Kandung / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki.

Tambahan Dokumen:

  1. Salinan Sijil Lahir Cucu yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  2. Salinan Sijil Lahir Bapa atau Ibu Kandung telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  3. Salinan Kad Pengenalan Bapa atau Ibu Kandung telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  4. LOC dari Bapa / Datuk / Bapa Saudara / Adik beradik lelaki yang tidak pergi.

 

NOTA : -

  1. Sebarang perubahan dokumen mahram tertakluk kepada pihak Kedutaan Arab Saudi
  2. Surat Izin (Letter of Consent) dalam bahasa Inggeris (perlu disahkan di Wisma Putra) perlu dikepilkan bersama Salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  3. Pengesahan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh dibuat di ibu pejabat JPN negeri-negeri atau mana-mana cawangan.
  4. Pengesahan dari Pejabat Agama Islam boleh dibuat di mana-mana pejabat agama bahagian Nikah, Rujukdan Cerai sahaja.
  5. Pengesahan dokumen dari Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) boleh dibuat di :

 

  1. KEMENTERIAN LUAR NEGERI MALAYSIA
    (Bahagian Konsular) Kompleks Wisma Putra, No 1,
    Jalan Wisma Putra, Presint 2,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62602 Putrajaya

 

  1. SABAH REIONAL OFFICE
    Ministry of Foreign Affairs,
    Block A, 7th Floor,
    Kompleks Pentadbiran Kerajan Persekutuan Sabah,
    Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu. 
  1. SARAWAK REGIONAL OFFICE
    Ministry of Foreign Affairs Malaysia,
    Level 14, Bangunan Sultan Iskandar,
    Jalan Simpang Tiga,
    93300 Kuching
© 2019 Copyrights. All Rights Reserved | Design By Derekacreative.com